Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 International Hall Of Fame (IHOF) United States Army Command and General Staff College (USACGSC) di Fort Leavenworth, Kansas, USA, semalam. Foto ATM

Panglima Tentera Darat dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 USACGSC

KUCHING, 12 Okt: Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 International Hall Of Fame (IHOF) United States Army Command and General Staff College (USACGSC) di Fort Leavenworth, Kansas, USA, semalam.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam kenyataan hari ini berkata, penganugerahan yang diterima PTD merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Menurut kenyataan tersebut, ini kerana PTD merupakan rakyat Malaysia yang ketiga dalam lipatan sejarah yang dimasyhurkan sebagai ahli IHOF USAGCSC.

“Pemasyhuran ini selepas Jeneral Tan Sri Dato’ Md Hashim Hussein (B) (PTD Ke-18) dan Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohd Shahrom Dato’ Haji Nordin (B) (PTD Ke-19),” kata kenyataan itu.

Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain merupakan alumni USACGSG pada tahun 2001.

Turut hadir ialah Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Puan Sri Datin Wira Hartiah Hamzah.

Seluruh warga Tentera Darat Malaysia turut berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan di atas pencapaian tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan