Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Nicaragua berkata keputusan itu adalah "dalam solidariti kekal" dengan rakyat dan kerajaan Palestin serta mematuhi undang-undang antarabangsa dan konvensyen yang mengawal hubungan antara negara dan kerajaan. Foto fail AFP

Nicaragua putuskan hubungan diplomatik dengan Israel

ByBernama

MANAGUA, 12 Okt: Nicaragua pada Jumaat mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai tindak balas terhadap apa yang disebut oleh kerajaan Nicaragua sebagai “genosid kejam” yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Xinhua.

Langkah itu diambil susulan permintaan oleh parlimen negara Amerika Tengah itu, Dewan Negara yang meluluskan perisytiharan kecaman semasa sesi khas yang diadakan pada tahun pertama konflik Gaza.

Parlimen mengecam “genosid berterusan, kekejaman, kebencian melampau dan pemusnahan yang dilakukan oleh kerajaan Israel,” menurut kerajaan Nicaragua dalam satu kenyataan.

Kerajaan Nicaragua berkata keputusan itu adalah “dalam solidariti kekal” dengan rakyat dan kerajaan Palestin serta mematuhi undang-undang antarabangsa dan konvensyen yang mengawal hubungan antara negara dan kerajaan.

Kerajaan yang diketuai oleh Presiden Daniel Ortega turut mengulangi “gesaan untuk mematuhi semua Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” untuk sebuah negara Palestin yang “bebas, berdaulat, merdeka dan menentukan nasib sendiri.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan