Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jasmin mengesahkan bahawa si mati adalah seorang lelaki dan mayat dihantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat. Foto: Parti Harapan Rakyat Sabah

Lelaki warga emas ditemui mati terapung di sungai

TAWAU, 13 Okt: Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun ditemui mati terapung di Sungai Kampung Iban Merotai, Tawau, Sabah oleh seorang pelajar Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin yang mengesahkan kejadian itu, pelajar yang berusia 15 tahun itu menemui mayat tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain bola sepak di padang Kampung Iban Merotai, dekat sini, sekitar jam 4 petang kelmarin.

Ketika melalui jambatan di sungai tersebut, pelajar berkenaan ternampak mayat itu terapung berhampiran tebing sungai, lalu bertindak menghubungi pihak polis.

Jasmin mengesahkan si mati adalah seorang lelaki dan mayat dihantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat.

Menurut pihak polis, kes tersebut masih dalam siasatan namun tidak ada unsur jenayah atau perbuatan khianat yang dikesan setakat ini.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan dan kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil membantu siasatan,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan