Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zulkipli menunjukkan sebahagian daripada rampasan dadah yang keseluruhan ya bernilai lebih RM86,000 pada sidang media di Dewan Pengan IPD Sibu hari ini. Foto IPD Sibu

Lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM86,000

SIBU, 12 Okt: Seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM86,000.

Penangkapan suspek itu sekali gus menjurus kepada satu kejayaan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sibu dalam menumpaskan satu rangkaian pengedaran dadah yang dipercayai baru bergiat aktif lebih kurang tiga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili dalam satu sidang media di Dewan Pengaman IPD Sibu memaklumkan tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sibu di tepi Jalan Pedada pada jam 1.35 petang Khamis lalu.

“Suspek yang ditahan ketika memandu sebuah kenderaan diperiksa dan didapati membawa 34 paket plastik berisi Methamphetamine seberat 139.07 gram, serta 150 biji pil disyaki dadah jenis Erimin 5 dengan berat 41.78 gram.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di sebuah rumah di Jalan Tuah, Sibu membawa kepada penemuan dadah lebih besar,” katanya.

Katanya, polis menemui 1,149.00 gram Methamphetamine, 73.71 gram Ketamine serta 600 biji pil disyaki Erimin 5, semuanya disimpan dalam bungkusan plastik.

“Ini adalah salah satu tangkapan terbesar di Sibu tahun ini,” kata ACP Zulkipli, sambil menambah bahawa nilai keseluruhan rampasan dadah tersebut dianggarkan berjumlah RM86,051.00, dengan berat keseluruhan lebih 1.5 kilogram.

Menurutnya, polis turut menyita sebuah kereta jenis Honda Accord dan wang tunai RM6,600.00 yang dipercayai hasil daripada aktiviti penjualan dadah.

“Ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif Methamphetamine, Amphetamine, Ketamine, dan Benzo.

“Suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula 11 Oktober hingga 17 Oktober 2024 bagi membantu siasatan lanjut,” ujarnya.

Menurut Zulkipli, suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, suspek juga boleh dikenakan denda sehingga RM5,000.00 atau penjara tidak lebih dua tahun di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama, serta pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan