Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi menyampaikan hadiah johan keseluruhan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lawas. Foto TVS.

Kuasai TVET bagi elak tercicir dalam pasaran kerja

LIMBANG, 12 Okt: Anak Sarawak termasuk di Limbang perlu menguasai modul pembelajaran teknologi baharu iaitu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) supaya tidak ketinggalan dalam pasaran kerja.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, penguasaan hingga ke peringkat tertinggi dalam TVET dapat memenuhi keperluan industri.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak mahu lebih ramai anak tempatan menguasai kemahiran TVET dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar.

“Di Sarawak dan negara kita sedang diperkasa kursus TVET untuk memenuhi pasaran kerja dan saya berharap anak tempatan mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan termasuk di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Peringkat Bahagian Limbang di Dewan Seri Perdana SMK Seri Patiambun hari ini.

Sementara itu, Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang menjelaskan, Akademi Aeroangkasa yang ditubuhkan di CENTEXS Lundu membolehkan Sarawak terlibat secara langsung dalam pembangunan berkaitan sektor penerbangan dan rantaian nilai industri aeroangkasa.

“Jadi, anak Sarawak perlu menguasai segala kemahiran yang diperlukan untuk mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan di Sarawak dari aspek kemahiran dan teknologi terkini,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan