Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

KPM siap siaga hadapi banjir

ByBernama

KUALA NERUS, 12 Okt: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi banjir berikutan peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku lebih awal pada tahun ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata pelbagai perancangan telah diatur dalam menghadapi bencana itu termasuk mengaktifkan jawatankuasa banjir di peringkat jabatan pendidikan negeri.

“Di peringkat negeri kita mengaktifkan jawatankuasa banjir di peringkat jabatan pendidikan negeri dan saya kira kalau berlaku insiden berkaitan banjir kita mampu menangani.

“Ini termasuk kita memastikan sekolah-sekolah terlibat yang (dijadikan) pusat pemindahan sementara (PPS) bersedia sepenuhnya untuk menyantuni warga tempatan ditempatkan di situ kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Hari Sukan Negara 2024 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak dekat sini hari ini.

Azman menambah bagi sekolah-sekolah yang berisiko dilanda banjir, KPM juga bersedia untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang akan dikendalikan mengikut kaedah-kaedah tertentu termasuk secara dalam talian.

Pada Selasa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta masyarakat berwaspada dan siap siaga menghadapi kemungkinan banjir kerana MTL dijangka lebih awal iaitu minggu keempat bulan ini susulan perubahan cuaca. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan