Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kontraktor dari Bintulu kerugian RM1.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud. Foto hiasan Envato

Kontraktor dari Bintulu rugi RM1.2 juta

KUCHING, 12 Okt: Seorang kontraktor dari Bintulu kerugian RM1.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mancha Ata berkata, mangsa berusia 60-an menerima pesanan ringkas daripada seorang individu yang tidak dikenali iaitu suspek yang memperkenalkan diri dari sebuah syarikat pelaburan pada pertengahan Jun 2024 ketika berada di rumah.

“Suspek menawarkan khidmat rundingan penjualan dan pembelian saham yang menjanjikan kadar faedah yang tinggi kepada mangsa.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran suspek, telah berurusan dengan suspek melalui aplikasi whatsapp dan mangsa telah memberikan maklumat peribadi kepada suspek untuk mendaftar dalam pelaburan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang terpedaya telah melakukan beberapa transaksi wang atas talian secara berperingkat ke dalam aplikasi ‘l-Trader Max’ yang diberikan oleh suspek berjumlah lebih kurang RM1.2 juta.

“Mangsa telah menyedari dirinya ditipu apabila masih belum menerima sebarang pulangan keuntungan daripada pelaburan tersebut,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan