Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi sensasi Korea Selatan, Bi Rain ketika beraksi di pentas Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2024. Foto BSMF

BSMF 2024: Rain pukau pengunjung dengan persembahan sulung di Kuching

ByAdlina Rahman

KUCHING, 12 Okt: Penyanyi sensasi Korea Selatan, Bi Rain atau Rain memukau pengunjung dengan persembahan sulungnya di Kuching ketika beraksi di pentas Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2024.

Rain yang mula menempa nama dalam industri seni dan persembahan sejak tahun 2002 itu merupakan antara barisan artis jemputan di festival muzik berkenaan.

Di pentas BSMF 2024, peminat menjadi saksi beberapa persembahan lagu terkenalnya seperti ‘Rainism’ dan ‘Lasong’.

“Saya cinta awak Sarawak,” laungnya kepada pengunjung sebelum meninggalkan pentas pada malam itu.

Dalam konsert itu, Rain menghiburkan kira-kira 10,000 pengunjung pada hari pertama BSMF 2024.

Ini merupakan penampilan kedua Rain di Kuching yang mana sebelum ini beliau pernah hadir ke ASEAN International Film Festivals Award (AIFFA) 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan