Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari bersama-sama artis tanah air Yuna ketika membuat persembahan di Borneo Sonic Music Festival 2024. Foto Faitullah Morni (TVS)

BSMF 2024: Bunga Citra Lestari kejutkan penonton dengan tampilkan Yuna

ByAdlina Rahman

KUCHING, 12 Okt: Penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) memberi kejutan kepada penonton apabila menjemput artis tanah air Yuna ketika membuat persembahan di Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2024 malam tadi.

Di malam penuh kemeriahan itu, BCL tampil bersama-sama Yuna bagi mempersembahkan sebuah lagu duet mereka iaitu ‘Watak Utama’.

Selain itu, BCL turut menyajikan pengunjung dengan beberapa lagu terkenalnya seperti Dance Tonight, Pernah Muda, Wanita Terbahagia, Ingkar, Badai telah berlalu dan lain-lain.

Penyanyi lagu ‘Cinta Sejati’ itu merupakan antara barisan artis yang dijemput untuk memberi persembahan di hari pertama BSMF itu.

Turut berkongsi pentas bagi menghangatkan hari pertama konsert itu adalah Thomas Kok, Priscilla Abby, Junny, 4EVE, Namewee, Seobin, Youngjae dan Rain.

Untuk rekod, Yuna dijadualkan membuat persembahan di hari kedua BSMF 2024 pada 12 Oktober di samping selebriti Korea Selatan Jessi dan penyanyi lain seperti Dolla, DJ Blink, Jess Lee, Judika, Natalie La Rose, Slumberjack serta Zed-X.

BSMF 2024 merupakan edisi kedua festival muzik itu diadakan sejak tahun sebelumnya yang mana ia merupakan festival muzik dua hari yang menjemput pelbagai artis tempatan dan antarabangsa bagi penggemar muzik di seluruh Malaysia dan negara jiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan