Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Milton Foo bersama-sama pengadu yang terdiri daripada ahli keluarga mangsa penipuan pekerjaan di Ibu Pejabat SUPP Kuching pada Sabtu

Berhati-hati dengan jerat tawaran kerja dengan gaji lumayan

KUCHING, 12 Oktober: Setiap lapisan masyarakat digesa supaya tidak mudah terpedaya dengan peluang pekerjaan yang menjanjikan imbuhan tinggi sama ada di dalam atau luar negara.

Ketua Biro Aduan Awam (PCB) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Milton Foo berkata, sejak mengambil alih tugas di PCB pada 2022, beliau menerima 35 aduan berkaitan rakyat Sarawak yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan di luar negara.

Menurutnya, beliau kini giat mengendalikan kes berkaitan tujuh warga Malaysia yang mana lima daripadanya merupakan anak Sarawak masih berada di Kemboja selepas terjebak dengan iklan kerja yang diiklankan di laman media sosial.

“Saya sering menegaskan bahawa agak mustahil untuk kita memperoleh pekerjaan yang menjanjikan gaji atau pendapatan tinggi melainkan anda merupakan seorang yang profesional seperti jurutera atau doktor. Jangan mudah terpedaya dengan janji sebegini,” katanya pada sidang media Biro Aduan Awam SUPP di ibu pejabat SUPP Kuching pada Sabtu.

Bagi pekerja swasta, Diana Goh, 44, yang juga merupakan ibu kepada salah seorang mangsa penipuan pekerjaan yang masih berada di Kemboja, beliau menitipkan pesan agar anak-anak dan belia di luar sana untuk lebih terbuka dan berkongsi permasalahan atau berbincang dengan keluarga sebelum melakukan sesuatu keputusan.

Meskipun mengakui tanggungjawab sebagai ibu bapa atau penjaga amat mencabar pada masa kini terutama dengan keterbatasan masa serta ruang untuk berkomunikasi dengan anak-anak, Diana mahu semua pihak lebih peka tentang apa yang berlaku di persekitaran terutama di dalam skop keluarga itu sendiri.

“Anak-anak di luar sana perlu mengutamakan ibu bapa terutama dalam membuat sesuatu keputusan dan jangan hanya mengikut pujukan atau nasihat daripada kawan-kawan. Apapun permasalahan atau keputusan yang akan dan telah diambil, utamakanlah ibu bapa anda,” ujarnya.

Sementara itu, Foo turut menasihatkan keluarga mangsa penipuan pekerjaan agar menggunakan saluran yang betul untuk mencari jalan penyelesaian sekiranya mereka ditimpa musibah yang sama.

“Pertamanya, mohon pertolongan daripada mana-mana parti politik, bukan sekadar daripada Kerajaan Perpaduan, malah mana-mana parti politik. Keduanya, jika anda tidak mempunyai saluran atau tempat untuk mengadu, jangan mudah terpedaya dengan pautan dalam talian.

“Anda boleh terus menghubungi kementerian melalui e-mel, saluran rasmi Kerajaan. Jangan sesekali mencari individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengaku dapat membantu, kerana kita tidak tahu sama ada bantuan yang cuba disalurkan itu adalah sahih atau palsu,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan