Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Dr Zaiedi Suhaili menerima cenderamata pada Majlis Perasmian Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Amal etika tinggi semasa berkomunikasi

KUCHING, 12 Okt: Warga Bandar raya Kuching perlu sentiasa beretika dalam berkomunikasi sama ada secara lisan atau ketika membuat hantaran dalam akaun laman sosial.

Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Dr Zaiedi Suhaili berkata, setiap lapisan masyarakat hendaklah bijak dalam melontarkan pendapat dan pandangan di laman sosial dengan mengutamakan penggunaan bahasa yang baik, fakta betul dan tepat.

Menurutnya, tabiat kurang menyenangkan sering kali dapat dilihat di laman media sosial khususnya melibatkan isu sensitif yang seharusnya dielakkan atau tidak disentuh sama sekali.

“Mesti ada etika walaupun kita berkomunikasi secara bersemuka. Kita lihat di sosial media sekarang cara mereka membuat hantaran di laman sosial amat mendukacitakan kerana menggunakan bahasa tidak sesuai dan berkongsi berita tidak sahih.

“Jadi inilah satu perkara yang amat membimbangkan pada kita pada masa ini. Oleh itu, kita harus ingat bahawa
di Malaysia, kita perlu mengelak menyentuh isu berkaitan raja, kaum dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen di sini, hari ini.

Menurutnya, setiap masyarakat perlu bijak dalam berkomunikasi agar terus menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found