Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-78 Tun Wan Junaidi merupakan sambutan pertama beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 29 Jan 2024. Foto Fiqri Razak (TVS)

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Tun Wan Junaidi

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-78 Tun Wan Junaidi merupakan sambutan pertama beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 29 Jan 2024.

Tun Wan Junaidi mengangkat sumpah jawatan bagi tempoh empat tahun, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

Sarawak meraikan sambutan ulang tahun itu selama tiga hari bermula Khamis (10 Okt), dengan penganjuran tujuh acara utama antaranya majlis kesyukuran, majlis jamuan negeri, Istiadat Perbarisan dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan