Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TCG Bayraktar dan TCG Sancaktar akan menghantar barangan keperluan kepada rakyat Lubnan sebelum membawa keluar rakyat Turkiye dari negara itu. Foto TurkishFacts4u (X).

Turkiye sedia untuk pemindahan lanjutan di Lubnan: Kementerian Pertahanan

ByBernama

ISTANBUL, 12 Okt: Kapal dan pesawat Turkiye bersedia untuk melaksanakan operasi tambahan membawa keluar warganya dari Lubnan jika diperlukan, lapor Agensi Anadolu yang memetik jurucakap Kementerian Pertahanan Turkiye pada Khamis.

“Perancangan kami adalah berdasarkan permintaan. Jika diperlukan, rancangan baharu untuk membawa keluar mereka akan diteruskan dengan penyelarasan bersama kementerian dan institusi awam lain,” kata seorang pegawai semasa taklimat mingguan, merujuk kepada operasi berkenaan.

Menurut sumber diplomatik, kapal-kapal Turkiye telah membawa keluar 966 orang dari Lubnan, terdiri daripada 878 warganegara Turkiye, 24 warga Republik Turki Cyprus Utara (TRNC), dan 64 ahli keluarga terdekat mereka.

Bercakap mengenai kemungkinan penghijrahan akibat serangan Israel ke atas Lubnan, sumber kementerian berkata:“Setakat ini, tiada kumpulan besar yang datang ke sempadan kami,” sambil mengakui bahawa beberapa warga Lubnan telah berhijrah akibat situasi kemanusiaan yang semakin merosot.

Serangan Israel ke atas Lubnan, yang bermula akhir bulan lepas telah menyebabkan lebih daripada 2,000 orang terbunuh dan 1.2 juta lagi kehilangan tempat tinggal, menurut pihak berkuasa Lubnan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan