Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian membaca teks ucapan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Kesyukuran Sambutan Hari Kelahiran Tun Dr Wan Junaidi ke -78 di Hotel Riverside Majestic di sini, malam ini. Foto TVS

Tun Wan Junaidi tokoh perpaduan Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 10 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai tokoh perpaduan untuk masyarakat berbilang kaum dan agama di wilayah ini.

Beliau berkata, pengalaman kerja dan politik Tun Wan Junaidi yang luas akan menjadikan Sarawak sebagai sebuah wilayah lebih baik untuk setiap lapisan masyarakat.

“Oleh itu, kita semua bertuah kerana mempunyai Tuan Yang Terutama Tun sebagai Gabenor kita,” kata Abang Johari menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Kesyukuran Sambutan Hari Kelahiran Tun Dr Wan Junaidi ke -78 di Hotel Riverside Majestic di sini, malam ini.

Dalam pada itu Abang Johari berkata, perpaduan adalah salah satu tonggak kekuatan untuk membangunkan Sarawak dan setiap lapisan masyarakat perlu berganding bahu untuk memastikan wilayah ini terus progresif.

“Kerana tanpa Perpaduan, sesebuah negara atau wilayah tidak akan dapat maju dan membangun lebih jauh,” ujarnya.

Abang Johari turut memberi jaminan Kerajaan Sarawak komited untuk menjadi adil kepada semua rakyat wilayah ini.

Katanya, sejak penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) pada 2017, Kerajaan Sarawak memberikan sejumlah RM385 juta bagi tujuan membangunkan rumah ibadat seperti kuil dan gereja .

“Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak terhadap keterangkuman kepada rumah ibadat agama lain di seluruh Sarawak,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan