Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Terbuka Artik 2024. Foto fail AFP

Terbuka Artik: Aaron-Wooi Yik disingkirkan, Pearly-Thinaah mara ke suku akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pasangan beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, disingkirkan pada pusingan kedua Kejohanan Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland, pada Khamis.

Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan ketiga, gagal memenuhi harapan apabila mereka mengalami kekalahan mengejut kepada pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy, dengan keputusan 13-21, 8-21.

Namun, nasib berbeza menyebelahi pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah yang mara ke pusingan suku akhir.

Pasangan pilihan ketiga itu menunjukkan prestasi cemerlang dengan menewaskan Kirsten de Wit dari Belanda dan Mariia Stokiarenko dari Ukraine, dengan keputusan 21-10, 21-11.

Pearly-Thinaah dijadualkan berdepan dengan pasangan China, Jia Yi Fan dan Li Wen Mei, selepas pasangan tersebut menewaskan pasangan Austria, Anna Kupca dan Jekaterina Romanova, dengan keputusan 21-9, 21-3. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan