Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamed Khaled bercakap dalam sidang media di MINDEF hari ini bersama Fahmi Fadzil. Foto, Hafeezur Muzamir (TVS).

Tentera pengaman Indonesia diserang IDF, Malaysia tunggu keputusan UNIFIL

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Kementerian Pertahanan akan menunggu keputusan bersama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sebelum memutuskan untuk membawa pulang pasukan MALBATT 850-11 dari Lubnan.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata, kementerian sentiasa meletakkan soal keselamatan pegawai dan anggota MALBAT sebagai keutamaan ketika ini susulan provokasi oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang didakwa menyerang anggota pengaman Indonesia.

“Dalam tempoh sehari, sebanyak tiga hingga empat kali kita berkomunikasi dengan mereka untuk dapatkan laporan.

“Kita sedang teliti, memang kita tidak nafikan IDF telah melakukan provokasi kepada pasukan pengaman Indonesia berdekatan sempadan Lubnan yang posisi mereka terletak atas sedikit dari kita, jadi kita tunggu keputusan bersama itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Majlis Peluncuran Inisiatif Perajurit Broadband di Auditorium Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled mendedahkan semua pasukan di bawah UNIFIL termasuk MALBATT sudah diarahkan supaya tidak melaksanakan operasi rondaan atau pergerakan logistik.

“Mereka sentiasa ada di kubu dengan jangka masa sekitar 12 hingga 13 jam.

“Tiada aktiviti tetapi UNIFIL masih belum buat keputusan sama ada untuk dipindahkan,” katanya.

Terdahulu, beberapa portal media melaporkan dua anggota pengaman Indonesia cedera dalam serangan oleh IDF di selatan Lubnan.

Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi mengesahkan bahawa kedua-dua anggota itu mengalami cedera ringan akibat tembakan kereta kebal IDF ketika mereka sedang memantau dari menara pengawal di pangkalan kontinjen Indonesia di Naqoura pada pagi Khamis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan