Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat menyebabkan berlaku tanah runtuh dan banjir di Rumah Panjang Unsa, Sekandis, Lemanak, Engkilili, hari ini.Foto JBPM

Tanah runtuh, banjir di Rumah Panjang Unsa

ENGKILILI, 11 Okt: Hujan lebat menyebabkan berlaku tanah runtuh dan banjir di Rumah Panjang Unsa, Sekandis, Lemanak di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong memulakan operasi membantu dan menyelamat penduduk di rumah panjang berkenaan mulai jam 8.40 pagi tadi.

“Sebanyak lima rumah dari bilik nombor 20 hingga 24 ditimpa tanah runtuh hingga menyebabkan kebanyakan dinding bahagian dapur roboh.

“Masih berisiko akan berlaku tanah runtuh kembali sekiranya hujan lebat masih berlaku disebabkan ada pergerakan tanah berlaku semasa pemantauan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, limpahan air disebabkan kenaikan air Sungai Kesit disebabkan hujan lebat menyebabkan sebuah rumah persendirian yang dihuni sebuah keluarga ditengelami air hingga ke bahagian bumbung rumah.

“Mereka berpindah ke rumah keluarga sementara waktu sehingga banjir surut dan selamat untuk didiami.

“Pihak bomba membuat pemantauan dan pengumpulan maklumat di lokasi kejadian.

“Pada masa sama kita menasihati penghuni yang terjejas banjir dan tanah runtuh agar sentiasa mementingkan keselamatan diri,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan