Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif, Takaful Malaysia Am, Mohamed Sabri Ramli bercakap pada sidang media berhubung pelancaran baharu produk Takaful Malaysia. Foto Akma Salleh (TVS)

Takaful Malaysia perkenal Kaotim untuk perlindungan menyeluruh kereta, motosikal

ByAkma Salleh

GEORGE TOWN, 11 Oktober: Takaful Malaysia melalui jenama dan platform digitalnya, Kaotim memperkenalkan produk inovatif baharu iaitu Kaotim Car dan Kaotim Motor.

Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am Mohamed Sabri Ramli berkata, pelan perlindungan dalam talian tersebut direka khas untuk memberikan perlindungan menyeluruh kepada kenderaan persendirian dan motosikal di negara ini.

“Apa yang kita lancarkan adalah platform digital 24 jam supaya semua pengguna boleh melayari platform ini untuk mendapatkan perlindungan takaful kereta dan motosikal mereka.

“Perlindungan yang disediakan adalah merupakan perlindungan komprehensif yang mana pengguna akan mendapat manfaat lebih contohnya seperti Kaotim Car, kita (Takaful Malaysia) memberi perlindungan percuma sebanyak RM 15,000 untuk penumpang dan pemandu tertakluk kepada kapasiti kereta tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kaotim Car dan Kaotim Motor di Batu Ferringhi, di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohammed Hussein, Pengerusi Takaful Malaysia Am, Ismail Mahbob, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Nor Azman Zainal.

Mengulas lanjut Sabri berkata, dengan ciri yang komprehensif dan kemudahan dalam pengendalian, produk tersebut menawarkan penyelesaian perlindungan ideal bagi pemilik kenderaan yang mengutamakan keselamatan dan kebolehpercayaan termasuk menyediakan pelan ansuran menggunakan kad kredit.

“Pelan ini bergantung kepada kad kredit yang digunakan iaitu melibatkan peruntukan yang dibenarkan dalam kad kredit,” ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Takaful Malaysia Am, Mohamed Sabri Ramli (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nor Azman Zainal (kanan) melancarkan produk inovatif baharu Kaotim, Kaotim Car & Kaotim Motor di Batu Ferringhi semalam. Foto Akma Salleh (TVS)

Kaotim Car merupakan perlindungan komprehensif bagi kenderaan persendirian terhadap pelbagai risiko termasuk kerosakan akibat kemalangan, kebakaran, kecurian, liabiliti kepada pihak ketiga, atau kerosakan harta benda.

Selain itu, pelan tersebut menawarkan bantuan bahu jalan 24 jam serta perkhidmatan tunda tanpa had akibat kerosakan secara percuma.

Terdapat 11 faedah tambahan yang fleksibel termasuk Motor PA Plus yang menawarkan perlindungan tambahan terhadap kematian atau keilatan kekal akibat kemalangan jalan raya sekali gus pelanggan dapat membuat pilihan bersesuaian dengan keperluan mereka.

Manakala Kaotim Motor pula pelanggan boleh menambah baik perlindungan mereka dengan memilih mana-mana daripada empat faedah tambahan termasuk Bike PA Plus – iaitu perlindungan kemalangan peribadi terhadap kematian atau keilatan kekal akibat kemalangan jalan raya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan