Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima syarikat startup program MYStartup Pre-Accelerator Cohort 4 dinobatkan sebagai pemenang terbaik dan membawa pulang wang tunai RM35,000 beserta sokongan tambahan kepada pelbagai faedah MYStartup dan rakan kongsi. Foto: Cradle Fund Sdn Bhd

Syarikat cipta teknologi hijau hasilkan hidrogen bersih antara pemenang MyStartup Pre- Accelerator

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Lima startup (syarikat pemula) dinobatkan sebagai pemenang program MYStartup Pre-Accelerator Cohort 4 anjuran Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) dengan kerjasama WatchTower and Friends.

Kemenangan itu melayakkan DashAdd, IOXTECH Global, Faradays Energy, Nanofertech dan Vidanex masing-masing menerima wang tunai RM35,000 beserta sokongan tambahan dan akses kepada pelbagai faedah daripada MYStartup dan rakan korporat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke berkata lima syarikat itu berpotensi untuk meletakkan Malaysia sebagai hab utama teknologi dan keusahawanan, menerusi inovasi kecerdasan buatan (AI) rentas sektor yang digunakan.

Memperkasa ‘startup’, 25 syarikat dipilih sertai MYStartup Accelerator Kohort 3

“Kejayaan syarikat-syarikat ini memainkan peranan penting dalam melakar masa depan negara, selain mencipta peluang pekerjaan dan menyelesaikan cabaran mendesak.

“Inovasi dan semangat keusahawanan yang ditunjukkan juga mengukuhkan keyakinan kami terhadap bakat di Malaysia.

“Kami berbangga untuk menyokong pertumbuhan mereka dan tidak sabar untuk melihat apa yang akan mereka capai pada masa akan datang ,” katanya pada Demo Day MyStartup Pre-Accelerator Cohort 4, di Grey Box GMBB baru – baru ini.

Menerusi pertandingan itu DashAdd membentangkan projek berdaya maju (MVP) melibatkan papan pemuka AI yang membantu perniagaan menjejak prestasi kewangan, meramal aliran tunai dan mendapatkan pembiayaan untuk pertumbuhan.

IOXTECH Global pula menampilkan MVP berkisar usaha merevolusikan pengurusan pembinaan dengan pemantauan masa nyata, laporan kemajuan yang lancar, dan penjejakan tenaga kerja yang cekap untuk menyiapkan projek tepat pada masa dan
mengikut bajet.

Memperkasa ‘startup’, 25 syarikat dipilih sertai MYStartup Accelerator Kohort 3

Sementara itu Faradays Energy telah mencipta generasi baharu teknologi hijau untuk penghasilan hidrogen bersih, lebih banyak dan kos rendah bagi menamatkan era bahan api fosil.

Turut memikat panel juri ialah syarikat Nanofertech yang mempertaruhkan teknologi pelepasan terkawal berkuasa AI untuk pembajaan tepat dalam pertanian.

Vidanex turut menempatkan diri sebagai pemenang menerusi projek merintis diagnosis kanser berasaskan AI dengan keputusan lebih cepat dan rawatan peribadi menggunakan pengimejan digital canggih sebagai salah satu barisan pemenang.

MYStartup ditubuhkan pada 2021 merupakan inisiatif nasional Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam pembangunan ekosistem startup di negara ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan