Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Eight people in Morocco have died and dozens of others were hospitalized after drinking homemade liquor, the health ministry said on Wednesday. Photo Envato

Seorang maut, 12 terperangkap di lombong emas di Colorado, AS

ByBernama

LOS ANGELES, 11 Okt: Seorang maut, manakala 12 lagi terperangkap dalam sebuah lombong emas di Colorado pada Khamis, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku berhampiran dasar Lombong Emas Mollie Kathleen di Cripple Creek, Daerah Teller, yang kini dijadikan pusat tarikan pelancongan.

Menurut kenyataan Pejabat Sheriff Daerah Teller, mereka yang terperangkap adalah sebahagian daripada kumpulan pelancong dan kejadian berpunca daripada kerosakan peralatan.

Sheriff Daerah Teller, Jason Mikesell mengesahkan bahawa seorang individu maut dalam kejadian itu, manakala 12 lagi masih terperangkap di dalam terowong lombong.

Bagaimanapun, seramai 11 orang termasuk dua kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Mikesell menegaskan bahawa kesemua 12 orang yang masih terperangkap berada dalam keadaan selamat.

Pasukan penyelamat sedang giat berusaha membawa mereka keluar pada malam Khamis.

Pelbagai agensi, termasuk pasukan mencari dan menyelamat yang dilengkapi dengan peralatan berat turut membantu dalam usaha menyelamat.

Gabenor Colorado, Jared Polis berkata bahawa kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan pihak Daerah Teller untuk menyediakan bantuan dan sumber bagi operasi menyelamat.

“Kami akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk membantu menyelesaikan situasi ini dengan segera dan selamat,” kata Polis dalam satu kenyataan.

Lombong terbabit merupakan destinasi pelancongan popular yang terletak berhampiran Cripple Creek, Colorado. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan