Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah teres di Taman Matang Jaya terbakar petang tadi. Foto JBPM

Rumah teres di Matang Jaya musnah dalam kebakaran

KUCHING, 11 Okt: Sebuah rumah teres di Taman Matang Jaya musnah dalam kebakaran petang tadi.

Komander Operasi, Ibrahim Assan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.11 petang dengan menggerakkan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dibantu BBP Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres satu tingkat jenis struktur kekal terbakar hampir 90 peratus.

“Sebuah rumah bersebelahan terjejas di bahagian siling ruang parkir anggaran lima peratus terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dan semua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

“Tindakan pemadaman menggunakan satu aliran 300 kaki, dua nozel dan dua aliran salur bantu mula sehingga kebakaran berjaya dikawal.

“Kerja overhaul dilakukan sehingga bara api padam sepenuhnya,” katanya.

Katanya, punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan