Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Wan Azlan Wan Mamat berkata remaja itu ditemui orang awam dan telah dibawa ke balai polis berhampiran.

Remaja perempuan 16 tahun dilaporkan hilang di Subang Jaya ditemui selamat

ByAmirah Shawel

SUBANG JAYA, 11 Oktober: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dikenali Zaida Zainul Rizam yang dilaporkan hilang malam tadi ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Wan Azlan Wan Mamat berkata remaja itu ditemui oleh orang awam dan dibawa ke balai polis berhampiran.

“Maklumat berkaitan masih belum diperolehi.

“Anggota polis akan membawa remaja berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya terlebih dahulu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan polis menerima laporan terbabit kehilangan remaja itu pada pukul 10.16 malam tadi (Khamis).

Zaida kali terakhir ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) SS17 pada 1.30 tengah hari, semalam. -TVS.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found