Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Philemon Yang. Foto fail AFP

Presiden UNGA kecam serangan Israel terhadap pengaman PBB di Lubnan

ByBernama

HAMILTON (Kanada), 11 Okt: Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Philemon Yang, pada Khamis mengecam serangan Israel terhadap kedudukan pasukan pengaman PBB di Lubnan yang mencederakan dua anggota pengaman, lapor Agensi Anadolu.

“Beliau menyedari peranan penting yang dimainkan oleh UNIFIL (Pasukan Interim PBB di Lubnan) dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan,” kata jurucakap Perhimpunan Agung, Sharon Birch ketika menjawab soalan pada satu sidang media.

Beliau juga berkata bahawa Yang menggesa semua pihak menunaikan tanggungjawab mereka di bawah undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

UNIFIL sebelum ini menyatakan bahawa ibu pejabatnya di Naqoura dan beberapa tapak lain berulang kali dibedil oleh tentera Israel, menyebabkan dua anggota pengaman cedera.

Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke seluruh Lubnan terhadap apa yang didakwa sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 Sept, membunuh sekurang-kurangnya 1,323 orang, mencederakan lebih 3,700 yang lain, dan menyebabkan lebih 1.2 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Serangan udara itu merupakan peningkatan ketegangan susulan peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak bermulanya serangan kejam Tel Aviv terhadap Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 42,000 orang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan