Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganjuran Pesta Benak Sri Aman di Bandar Simanggang yang diadakan pada tahun lalu. Foto TVS

Pesta Benak Sri Aman ditukar ke tarikh baharu

SIMANGGANG, 11 Okt: Penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2024 di Bandar Simanggang yang dijadualkan pada 15 hingga 17 November ini ditunda kepada tarikh baharu.

Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman edisi ke-21 2024 menerusi kenyataan hari ini berkata, tarikh baharu penganjuran pesta itu ialah pada 29 November hingga 1 Disember ini.

“Semalam berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman yang telah diadakan di Wisma Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) di Bandar Simanggang.

“Disebabkan oleh faktor yang tidak mengizinkan maka mesyuarat memutuskan untuk menunda tarikh penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2024 kepada tarikh baharu berkenaan,” katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman itu.

Turut hadir ialah Pengerusi Pesta Benak Sri Aman edisi ke-21 2024 merangkap pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh.

Antara inti pati dan agenda utama mesyuarat yang dibincangkan bersama itu adalah berkenaan dengan perubahan dan pindaan tarikh penganjuran Pesta Benak Sri Aman edisi ke-21 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan