Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. Foto fail HRH Crown Prince of Johor (FB)

Pertukaran cuti hujung minggu dibuat atas pertimbangan, kehendak rakyat – Tunku Mahkota Ismail

ByBernama

JOHOR BAHRU, 11 Okt: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah pertukaran cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad dibuat atas pertimbangan dan kehendak rakyat di negeri itu untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak.

Tunku Mahkota Ismail bertitah ia juga memberi kesan ekonomi yang positif seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang akan memberi manfaat sekali gus membawa keuntungan kepada negeri dan rakyat.

“Dengan izin dan restu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad,” titah baginda menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail pada Khamis.

Baginda bertitah jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi serta hendak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu.

Pada 7 Okt lepas, Tunku Mahkota Ismail bertitah cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan tahun depan.

Pada 1 Jan 2014, pertukaran cuti hujung minggu negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu dikuatkuasakan selepas mendapat perkenan Sultan lbrahim.

Negeri lain yang melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu ketika ini ialah Terengganu, Kelantan dan Kedah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan