Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tomoyuki Mimaki, pengarah wakil Nihon Hidankyo, menghadiri sidang akhbar selepas kumpulan itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2024, di Hiroshima pada 11 Oktober 2024. Foto AFP

Organisasi Jepun Nihon Hidankyo dinobatkan pemenang hadiah Nobel Keamanan 2024

ByBernama

STOCKHOLM, 11 Okt: Organisasi Jepun, Nihon Hidankyo diumumkan sebagai pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2024 atas usaha mereka mencapai dunia bebas senjata nuklear, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik kenyataan dari Jawatankuasa Nobel Norway pada Jumaat.

Usaha kumpulan itu berjaya memaparkan kepada dunia bahawa senjata nuklear tidak patut digunakan lagi melalui testimoni, kisah atau pengalaman mangsa yang terselamat.

Sebanyak 286 calon dicalonkan untuk hadiah tahun ini, yang terdiri daripada 197 individu dan 89 organisasi.

Tahun lalu, anugerah berprestij ini diberikan kepada seorang aktivis hak wanita yang dipenjarakan, Narges Mohammadi, dari Iran.

Pemenang hadiah keamanan sejak 30 tahun lalu termasuk Memorial kumpulan hak asasi Rusia yang diharamkan, bekas presiden AS Barack Obama, Kesatuan Eropah dan pemimpin Palestin Yasser Arafat.

Anugerah tahun ini diberikan ketika dunia berdepan konflik besar, termasuk di Timur Tengah, Ukraine, Sudan, dan banyak negara lain.

Ketika mengumumkan pemenang, jawatankuasa itu memberi amaran bahawa dunia berada dalam keadaan yang membimbangkan kerana “negara-negara baharu kelihatan bersedia untuk memperoleh senjata nuklear.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan