Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Digital Gobind Singh Deo. Foto fail Bernama

Kerajaan jangka lebih banyak pelaburan digital pada 2025 – Gobind

ByBernama

PETALING JAYA, 11 Okt: Kerajaan menjangka lebih banyak kemasukan pelaburan digital ke Malaysia pada 2025, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menonjolkan peranan sebagai destinasi pelaburan digital di rantau ini.

“Saya berpendapat kita telah menyaksikan keyakinan meningkat yang diperlihatkan oleh syarikat gergasi teknologi global di Malaysia sebagai destinasi bagi pelaburan mereka.

“Terdapat perbincangan yang berterusan dengan banyak syarikat lain, dan saya menjangka ini akan mencapai kemajuan tahun depan.

“Kita akan melihat lebih banyak pelaburan, yang memberi petanda baik untuk negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Akademi Kecerdasan Buatan (AI) Gamuda, di sini hari ini.

Gobind berkata kerajaan yakin lebih banyak pengumuman mengenai pelaburan akan dilaksanakan selepas beberapa siri pelaburan baharu dalam tempoh lapan bulan lepas.

Pada Khamis, Malaysia menyambut baik cadangan pelaburan berjumlah US$14.7 bilion (US$1=RM4.29) oleh syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) — Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories dan Boeing.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan dua hala dengan Setiausaha Negara AS Antony Blinken di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Berkaitan di sini pada Khamis.

Anwar berkata Malaysia turut berharap untuk mengukuhkan kerjasama dengan AS dalam industri baharu.

Sementara itu, Gobind berkata Kementerian Digital turut berharap untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan kesedaran mengenai AI dalam kalangan pelajar di negara ini.

“Kita akan bekerjasama dengan mereka (Kementerian Pendidikan) untuk menentukan bagaimana kita dapat memastikan berupaya melahirkan kesedaran mengenai AI kepada semua sektor, kumpulan berbeza, termasuk pelajar di negara ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan