Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen Malaysia menahan enam pelakon opera warga asing yang disyaki melanggar pas lawatan sosial dalam serbuan di sini semalam. Foto JIM Pulau Pinang

Enam pelakon opera tiada permit ditahan imigresen

BUTTERWORTH, 11 Okt: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberkas enam pelakon opera warga asing selepas disyaki melakukan kesalahan tidak mempunyai permit semasa melakukan persembahan kebudayaan itu di pekarangan sebuah rumah ibadat di sini semalam.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, operasi berkenaan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang awam berhubung artis berkenaan yang disyaki memasuki negara ini sebagai pelancong.

Menurutnya, JIM menahan masing-masing dua lelaki dan wanita warga Taiwan serta dua wanita warga Singapura berusia antara 40 hingga 60 tahun.

“Pemeriksaan dibuat semasa mereka mengadakan persembahan dengan lengkap memakai kostum pelbagai watak masing-masing.

“Semakan pasport mendapati mereka hanya diberikan pas lawatan sosial dan tiada sebarang kebenaran yang tercatat di dalamnya,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sementara itu, Nur Zulfa berkata, berdasarkan peraturan semasa, mana-mana artis luar negara yang mahu mengadakan persembahan perlu membuat permohonan kepada Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) bagi mendapatkan kelulusan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peruntukan di bawah akta dan peraturan-peraturan imigresen tanpa kompromi,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan