Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun terpaksa menahan azab selepas kakinya tersepit di bahagian rantai motosikal. Foto JBPM

Budak perempuan tahan azab kaki tersepit rantai motosikal

MIRI, 11 Okt: Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun terpaksa menahan azab selepas kakinya tersepit di bahagian rantai motosikal dalam kemalangan kendiri bersama-sama bapanya di Jalan Miri By-Pass di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Yusuf Kumri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.30 petang dengan menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah motosikal. Terdapat seorang mangsa budak perempuan dalam keadaan kaki masih tersepit di bahagian rantai motosikal tersebut.

“Setelah menstabilkan mangsa, anggota penyelamat bertindak mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dengan memotong rantai motosikal tersebut menggunakan peralatan menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS bomba dan dibawa ke hospital oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan