Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan dua projek siap sekolah daif milik Kementerian Pendidikan di SK Jalan Haji Baki Kuching. Foto TVS

2.8 peratus projek di bawah JKR dalam kategori sakit

KUCHING, 11 Okt: Sekitar 2.8 peratus projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, walaupun kecil berbanding jumlah keseluruhan projek namun ia boleh memberikan implikasi negatif terhadap tujuan projek dilaksanakan.

Menurutnya, sebagai langkah penyelesaian kepada isu berkenaan, satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengenal pasti seterusnya mencari kaedah penyelesaian kepada isu berbangkit dalam projek berkenaan.

“Jawatankuasa ini untuk kita menyiasat dan mengetahui apa sebenarnya masalah yang dihadapi kontraktor semasa melaksanakan projek tersebut.

“Kita juga berkerjasama dengan pihak kontraktor untuk menangani masalah yang menyebabkan projek itu dikategorikan sebagai sakit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan dua projek siap sekolah daif milik Kementerian Pendidikan di SK Jalan Haji Baki, Padawan pada Jumaat.

Projek tersebut adalah pembinaan gantian penuh 12 bilik darjah dan kemudahan lain yang dilulusskan pada April 2022 dengan kos RM18.34 juta.

Manakala projek kedua membabitkan projek pembinaan dan tambahan bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Paoh, Sarikei yang diluluskan pada Oktober 2022 dengan kos RM15.297 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan