Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sepuluh ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bagi sesi 2024/26 menerima watikah pelantikan masing-masing hari ini. Foto YAPEIM (Official) (FB)

YAPEIM umum pelantikan 10 Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) hari ini mengumumkan pelantikan 10 Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YAPEIM bagi sesi 2024/26 yang berkuat kuasa pada 7 Okt lepas.

YAPEIM menerusi kenyataan memaklumkan majlis penyerahan watikah pelantikan itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini.

Kenyataan itu menyebut lapan daripada mereka adalah lantikan semula termasuk Pengerusi LPA YAPEIM Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.

Ahli LPA lain ialah Kolonel Datuk Mohd Ajib Ismail, Datuk Kamel Mohamad, Profesor Datuk Dr Saadiah Mohamad, Dr ‘Aida Othman, Dr Zaiyadi Awang Noh, Shatiri Mansor, Abdul Khudus Mohd Naaim, Rohani Mohd Shahir dan Khairul Faiz Morat @ Abd Morat.

“Semoga pelantikan Ahli LPA YAPEIM bagi sesi 2024/26 ini dapat memberi sumbangan dalam meletakkan yayasan ini di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Na’im ketika berucap pada majlis berkenaan berharap barisan LPA yang dilantik dapat memberi nasihat, panduan serta cadangan bernas dalam memajukan YAPEIM pada masa depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan