Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn semasa Majlis Perasmian Dan Penyerapan Projek Siap GKCDA N23 Bukit Semua di Dewan Serbaguna Kampung Sorak Dayak Serian pada Rabu. Foto:TVS

Siapkan projek di bawah GKCDA dalam tempoh tiga tahun

SERIAN, 9 Okt: Sebanyak 372 projek fasa satu di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) perlu disiapkan dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia bagi memastikan GKCDA dapat menggunakan sepenuhnya peruntukan yang diberikan sebelum mendapatkan peruntukan tambahan untuk fasa seterusnya.

GKCDA mahu projek fasa satu disiapkan dalam tempoh tiga tahun | TVS

Menurutnya, daripada 372 projek tersebut, sebanyak 201 projek di Bahagian Kuching dan 171 projek di Bahagian Serian.

“Di bawah projek fasa satu, saya berharap ia dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun agar kita dapat memohon peruntukan tambahan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Dan Penyerapan Projek Siap GKCDA N23 Bukit Semua di Dewan Serbaguna Kampung Sorak Dayak Serian pada Rabu.

Sagah yang juga Pengerusi GKCDA berkata, beliau setakat ini berpuas hati dengan pelaksanaan projek di bawah GKCDA.

“Kerjasama semua pihak termasuk penduduk terlibat diharapkan bagi melancarkan projek,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan