KOTA SAMARAHAN, 9 Okt: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang mengadakan perjumpaan bersama Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) di Pejabat IRSDA di sini, untuk membincangkan status terkini pelbagai projek pembangunan yang sedang dijalankan, semalam.
Perjumpaan itu dihadiri Pegawai Khas dari IRSDA, Anuar Da’an, Suhaili Mohamed dan Norazizah Ramali@Bujang.
Rubiah berkata, perbincangan tertumpu kepada kemajuan projek, cabaran yang dihadapi serta cadangan penyelesaian bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek di Parlimen Kota Samarahan.
“Tindakan susulan turut dibincangkan termasuk menekankan penyusunan semula jadual projek jika perlu.
“Ini bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh penduduk kawasan Samarahan dalam masa terdekat,” katanya.
Menurutnya lagi, projek- projek lain dalam perancangan, serta isu lampu jalan di kawasan Asajaya turut dibincangkan dalam perjumpaan itu. – TVS