Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Remaja berusia 17 tahun ditahan selepas didapati menunggang motosikal tanpa lesen dan menggunakan nombor pendaftaran palsu. Foto IPD Tawau

Remaja guna nombor pendaftaran palsu ditahan

TAWAU, 9 Okt: Seorang remaja lelaki ditahan polis selepas didapati menunggang motosikal tanpa lesen selain menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kenderaannya.

Malah sebaik ditahan, remaja berusia 17 tahun itu mengaku terpaksa melakukan tindakan sedemikian bagi mengelakkan motosikalnya ditarik kerana gagal membayar ansuran bulan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, remaja terbabit ditahan ketika cuba melepasi sekatan jalan Operasi Kenderaan Perdagangan di Batu 4, Jalan Apas, di sini, semalam.

Katanya, pemeriksaan menerusi ‘Mobile Computerized On-Line Payment System’ (MCOPS) mendapati, motosikal jenis Yamaha Legenda itu tidak sepadan dengan nombor pendaftaran yang dipamerkan.

“Nombor pendaftaran yang digunakan berkenaan didapati merujuk kepada kenderaan lain iaitu Proton Saga.

“Hasil soal siasat, penunggang motosikal mengaku menukar nombor pendaftaran motosikal kerana tidak mahu kenderaannya ditarik syarikat peminjam kerana gagal membayar ansuran bulanan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jasmin berkata, remaja terbabit terus ditahan bersama motosikal berkenaan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pemeriksaan lanjut turut mendapati remaja terbabit tidak memiliki lesen menunggang motosikal.

“Tindakan remaja itu jelas mendatangkan ‘masalah’ kepada pemilik kenderaan asal yang menjadi mangsa ‘klon’, selain dibebani saman trafik dan pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, Jasmin berkata, sepanjang operasi selama tiga jam itu, sebanyak 14 notis saman dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 98 kenderaan.

Katanya, antara kesalahan yang direkodkan ialah tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, tidak mematuhi syarat permit, menggunakan alat komunikasi serta tidak pakai tali pinggang keledar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan