Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong, di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan hari ini. Foto Bernama

PM Anwar luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia di Vientiane

ByBernama

VIENTIANE, 9 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan meluangkan masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia dalam majlis makan malam di sebalik kesibukan mesyuarat dan pertemuan dua hala sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45.

Majlis makan malam tersebut diadakan di kediaman Duta Besar Malaysia ke Laos, Edy Irwan dan bermula pada pukul 8.30 malam sejurus selepas Perdana Menteri selesai mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut hadir dalam majlis makan malam tersebut bersama Perdana Menteri.

Selain itu, kira-kira 50 petugas dari beberapa kementerian dan petugas media dari Malaysia yang terlibat dengan persidangan kali ini turut diraikan dalam majlis berkenaan.

Antara hidangan yang disajikan termasuklah cekodok pisang, karipap kentang, sotong goreng telur masin, ikan bakar, kuih nyonya dan teh tarik yang disediakan oleh chef warga Malaysia.

Anwar, yang tiba di Vientiane pada malam Selasa turut akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Campur Satu bersama tujuh Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat, dan Kanada serta Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga, Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pemimpin ASEAN serta rakan dialog termasuk Perdana Menteri China, Li Qiang dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken turut menghadiri sidang-sidang tersebut.

Sidang kemuncak ini dijadualkan berakhirJumaat ini dengan Laos akan menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Malaysia dalam majlis penutupan.

Menurut Wisma Putra, Anwar dijadualkan menyampaikan ucapan yang menggariskan visi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam majlis tersebu, dan Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1 Jan 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan