Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cubaan dua lelaki untuk mengedar bekalan dadah di sekitar Lembah Klang gagal, selepas aktiviti mereka dipatahkan pihak polis yang menahan mereka bersama 70 ketulan mampat ganja seberat lebih 73 kilogram di tepi Jalan Baiduri, Kepong di sini pada Selasa.

Penjawat awam dari Sarikei kerugian setengah juta ringgit terpedaya ‘phone scam’

KUCHING, 9 Okt: Seorang penjawat awam dari Sarikei kerugian RM510,000 selepas terpedaya dengan kes penipuan ‘phone scam’ didakwa terlibat dengan kes pengubahan wang haram.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia lewat 50-an, semasa berada di tempat kerja telah dihubungi oleh seorang individu yang menyatakan daripada Syarikat DHL pada penghujung Jun 2024.

“Mangsa dikatakan telah mengirim bungkusan yang mengandungi beberapa keping kad kredit dan kad pengenalan diri mangsa sendiri.

“Setelah itu, panggilan mangsa disambungkan kepada seorang suspek yang menyamar sebagai anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek menuduh mangsa telah terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan
sekiranya mangsa gagal memberi kerjasama, aset dan akaun bank mangsa
akan dibekukan.

“Mangsa yang terpedaya telah membuat pembayaran secara pindahan wang atas talian bermula daripada awal hingga pertengahan Julai 2024 dengan melakukan beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam beberapa nombor akaun bank berbeza yang berjumlah lebih kurang RM510,000.

“Mangsa telah menyedari dirinya ditipu apabila suspek meminta mangsa membuat pembayaran ikat jamin bagi orang yang mengendalikan kes tersebut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan