Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tumpuan hari terakhir kategori hafazan pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa ke-64 (MTHQA) hari ini terarah kepada peserta Malaysia Putri Aminah Mohd Hanif. Foto Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (FB)

MTHQA ke-64: Peserta Malaysia jadi tumpuan hari terakhir kategori hafazan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Tumpuan hari terakhir kategori hafazan pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa ke-64 (MTHQA) hari ini terarah kepada peserta Malaysia Putri Aminah Mohd Hanif.

Peserta yang berasal dari Kelantan itu memperdengarkan bacaan bersama lapan lagi peserta kategori hafazan pada hari kelima MTHQA pagi tadi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.

Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan lapan lagi peserta ialah Ilyas Hajri dari Maghribi, Harun Hassan Abdi (Sweden), Samane Musave (Afghanistan), Mubarak Ali (Ghana), Ismatulla Saburov (Kyrgyzstan), Ayse Humeyra Kayis (Turkiye), Oubaydoullah Baubacar Ango (Niger) dan Bokoum Mamadou Cire (Guinea).

Sementara itu, sembilan peserta akan mengambil bahagian dalam kategori tilawah yang bermula pada 8.45 malam ini iaitu Qari Austria Ahmed Hasic, Ali Musaed A Alumari (Qatar), Habkee Kadamung (Thailand), Egas Nunes Monteiro (Timor-Leste), Saadu M. Osman Jallow (Gambia), Amrah Eminov (Azerbaijan) serta Qariah Indonesia Syamimi Asshira Zulfan dan Haseefah Mohamed Numan (Sri Lanka).

Kategori tilawah sempena MTHQA berlangsung hingga Jumaat ini dan setakat semalam, seramai 29 peserta telah memperdengarkan bacaan.

Esok, akan berlangsung Simposium Al-Quran Sedunia (WQS) 2024 bertemakan “Transformasi Ummah Melalui Kemukjizatan Al-Quran” di WTCKL sempena MTHQA.

Imam Masjidil Haram As-Syaikh Maher bin Hamad Al-Mu’aiqly yang merupakan tetamu undangan khas dijadual menyampaikan ucaptama beliau pada WQS itu.

Bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI’, MTHQA ke-64 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu lepas melibatkan 92 peserta dari 71 negara yang terdiri daripada 53 peserta tilawah dan 39 hafazan.

Pengurniaan hadiah kepada johan tilawah dan johan hafazan al-Quran dijadual disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada 12 Okt ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan