Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh menghadiri Search and Rescue Exercise (SAREX) Level 2 di sini petang semalam. Foto Maritim Malaysia

Maritim Negeri Sarawak tahan 2 vesel nelayan asing, perkukuh koordinasi SAREX Menaul Level 2

BySyah Hairizal Kamalul Arifin

MIRI, 9 Okt: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri berjaya menahan dua buah vesel nelayan asing (VNA) Vietnam dalam operasi di perairan Sarawak pada Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh memaklumkan, kedua-dua bot terbabit ditahan aset Maritim Malaysia selepas mendapati kedua-dua bot terbabit bergerak dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan dijalankan sempena OP KHAS RAJA LAUT, OP PERMAI, OP KHAS NAGA TIMUR, dan OP TIRIS di kedudukan sekitar 132 batu nautika dari barat laut Tanjung Baram.

“Kedua-dua bot cuba melarikan diri namun tindakan pantas Maritim Malaysia berjaya menghalang mereka melalui force boarding dengan kedua-dua bot berjaya ditahan pada pukul 11.35 pagi dan 11.55 pagi.”

“Pemeriksaan lanjut mendapati 10 kru yang ditahan termasuk tekong, adalah warga Vietnam berumur 30 hingga 66 tahun. Kesemua mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” tambah beliau.

Kesemua kru kini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, di mana tekong boleh didenda hingga RM1 juta, manakala kru pula boleh dikenakan denda RM100 ribu atau penjara maksimum dua tahun.

Beliau berkata demikian ketika sidang media yang diadakan sempena Search and Rescue Exercise (SAREX) Level 2 di sini petang semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan