Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Mesin Penuai Buah Sawit di Lasang Subis, SPAD di sini hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Manfaatkan bahan terpakai sawit

BySalasiah Safian

MIRI, 9 Okt: Sarawak Plantation Berhad (SPB) perlu menjalankan kajian terhadap bahan terpakai sawit, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, bahan terpakai seperti daun mungkin boleh dijadikan sebagai baja atau palet yang mengeluarkan tenaga.

Premier Sarawak saran SPB kaji bahan terpakai sawit | TVS

“Ini baru buah, tadi saya melihat mesin untuk memotong tandan buah dan pada masa sama kita juga perlu memotong daun. Apa yang akan anda lakukan dengan daun yang dipotong?

“Mungkin anda memerlukan satu lagi mesin yang boleh menuai dan mengutip daun secara serentak. Daunnya diambil dan anda sediakan dua tempat simpanan, satu untuk buah dan satu lagi untuk daun.

“Kemudian daun ini boleh dikitar semula, itu adalah biomas. Ini bermakna tiada pembaziran dan ia akan menjadi satu lagi pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesin Penuai Buah Sawit di Lasang Subis, SPAD di sini hari ini.

Abang Johari turut mencadangkan SPB menambah baik mesin penuai lipan sedia ada agar boleh memetik buah dan daun selain mengasingkan kedua-duanya secara serentak.

“Daun sawit yang diproses berkemungkinan mempunyai potensi sama seperti rumput yang dijadikan sebagai palet rumput,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan