Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah) dan Robert Bisset (tengah) pada Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2024 di sini, hari ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS).

Malaysia, Kanada perkukuh kerjasama sektor teknologi bersih

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Kerajaan berharap lebih banyak kerjasama perniagaan terjalin membabitkan syarikat tempatan dengan syarikat Kanada dalam sektor teknologi bersih, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, kerjasama strategik itu merupakan kunci untuk menerokai potensi penuh sektor teknologi bersih di Malaysia.

Malaysia bekal tenaga elektrik hijau ke Singapura hujung tahun ini

Kata Nik Nazmi langkah berkenaan juga diyakini akan membantu memacu perubahan bermakna sertamenyokong peralihan global kepada masa depan yang lebih hijau dan mampan.

“Kami (Malaysia) teruja untuk bergabung dengan syarikat-syarikat teknologi bersih dari Kanada untuk meneroka bagaimana perniagaan Malaysia dapat meningkatkan rancangan komersial mereka.

“Dalam hal ini, Kanada merupakan salah satu rakan penting kepada Malaysia kerana kemampuannya dalam teknologi bersih yang dikenali di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Kerjasama Malaysia – Kanada ke Arah Penyahkarbonan dan Mencapai Sifar Bersih pada Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Robert Bisset dan Pengarah Urusan Asia Invest Alberta, Adeel Ahmad.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, Malaysia dan Kanada mempunyai banyak persamaan dan kelebihan dalam aspek sumber asli yang boleh dimanfaatkan menerusi perkongsian bersama.

“Kedua-dua negara mempunyai kekayaan sumber asli seperti minyak dan gas, oleh itu saya berpandangan ia adalah peluang untuk Malaysia dan Kanada untuk berkongsi dan belajar dari satu sama lain.

“Bagi menghadapi krisis global seperti perubahan iklim, masalah biodiversiti dan pencemaran, kita tidak boleh bergantung pada satu negara sahaja untuk bertindak sendiri, ia memerlukan kerjasama dengan negara-negara lain,” ujarnya.

Nik Nazmi menjelaskan, IGEM 2024 yang berlangsung bermula hari ini hingga 11 Oktober ini merupakan platform terbaik untuk melihat lebih banyak jalinan kerjasama antara syarikat Malaysia dan Kanada dalam sektor teknologi bersih. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan