Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Foto Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (FB)

Lori balak, kargo antara ditahan dalam Op Timber – JPJ Kelantan

ByBernama

GUA MUSANG, 9 Okt: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan hari ini menahan sembilan kenderaan berat kerana didapati membawa muatan melebihi had ditetapkan, menerusi Op Timber di Stesen Penguatkuasa (SPK) Mentara di sini.

Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata tiga lori balak dan enam lori kargo itu ditahan selepas pihaknya menjalankan risikan sejak 22 Sept lepas berdasarkan aduan diterima berkenaan pergerakan kenderaan berat terbabit pada waktu puncak.

“Penguatkuasaan secara rondaan serta risikan telah dilakukan di Kuala Betis sejak laporan diterima dan hari ini saya sendiri mengetuai pasukan bersama 17 anggota lain menjalankan Op Timber.

“Hasilnya sebuah kenderaan disita di bawah Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana membawa muatan sebanyak 75.58 peratus. Kenderaan ini dilucut hak dengan kuasa mahkamah di bawah akta yang sama,” katanya kepada pemberita di SPK Mentara di sini hari ini.

Mohd Misuari berkata lapan lagi kenderaan disita kerana melebihi muatan sebanyak 35 peratus dan akan didakwa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kaedah-kaedah pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan