Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Perasmian Mesin Penuai Buah Sawit di Ladang Subis, di sini hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Lipan mudahkan proses penuaian kelapa sawit

BySalasiah Safian

MIRI, 9 Okt: Sarawak Plantation Berhad (SPB) melakukan transformasi dalam industri kelapa sawit di Sarawak selepas memperkenalkan jentera untuk menuai.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain menjimatkan masa ia juga mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di ladang sawit.

Mesin penuai ‘lipan’ atasi masalah kurang pekerja sawit | TVS

“Ramai pekerja dari Indonesia kini memilih bekerja di negara sendiri dengan kadar gaji di sana lebih kurang dengan yang ditawarkan di sini.

“Apabila bekerja di sini, mereka melalui pelbagai proses seperti perlu berurusan dengan Jabatan Imigresen. Terlalu banyak proses perlu dilalui,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jentera Penuai Buah Sawit di Ladang Subis, SPAD di sini hari ini.

Menurutnya, penggunaan jentera penuai yang dikenali sebagai Lipan hanya mengambil masa selama dua minit untuk memetik satu tandan buah kelapa sawit.

“Tahniah dan syabas kepada SPD kerana dapat mewujudkan satu perubahan besar dalam industri sawit iaitu mempunyai jentera yang boleh memetik buah dan begitu cepat menggunakan jentera. Saya melihat jentera ini memetik buah dengan begitu cepat sekali melalui alat kawalan jauh.

“Keduanya semua buah dikumpul dan diletakkan di dalam bekas. Masa diambil untuk memetik buah adalah dalam masa dua minit,” ujarnya.

Jentera penuai tersebut dikendalikan seorang pengendali menggunakan alat kawalan jauh dan boleh digunakan untuk memetik buah kelapa sawit di kawasan seluas lima hektar sehari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan