Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Affin Bank, Joanne Rodrigues. Foto Affin Bank

Joanne Rodrigues tersenarai dalam 100 pemimpin wanita paling berpengaruh

ByWilly Jali

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Affin Bank, Joanne Rodrigues disenaraikan sebagai salah seorang pemimpin wanita paling berpengaruh dalam Fortune’s Most Powerful Women Asia 2024.

Menurut satu kenyataan hari ini, Joanne merupakan salah seorang daripada empat wanita Malaysia yang disenaraikan dalam carta kedudukan itu.

Pencapaian Joanne menjadi bukti terhadap kempimpinannya yang cemerlang selari dengan usaha dan komitmen Affin Bank dalam pemerkasaan wanita berjaya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad Datuk Wan Razly Abdullah menyifatkan pencapaian Joanne bakal menjadi inspirasi dan memberi nilai positif kepada masyarakat.

“Pengiktirafan ini memberi sumbangan penting kepada Affin Bank. Penglibatan Joanne dalam inisiatif transformatif Bank, Pelan AFFIN Axelerate 2028 (AX28) penting selaras dengan tonggak strategik bank iaitu Perkhidmatan Pelanggan Tiada Tandingan, Kepimpinan Digital dan Perbankan Bertanggungjawab Dengan Impak.

“Sebagai salah satu daripada empat wanita Malaysia dalam senarai berprestij ini, pencapaiannya menjadi inspirasi kepada bakal pemimpin wanita di seluruh industri.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, kempimpinan cemerlang Joanne memberi peranan dalam transformasi pertumbuhan Affin Bank dan menjadi bukti komitmen syraikat besar tersebut.

Justeru, kepakaran beliau dalam bidang kewangan mendorong usaha Affin Bank dalam landskap ekonomi yang dinamik serta memacu pertumbuhan ekonomi.

Terdahulu, pada Jun 2024, Affin Bank disenaraikan buat kali pertama dalam senarai sulung Fortune Southeast Asia 500.

Senarai Fortune’s Most Powerful Women Asia menampilkan 100 pemimpin wanita paling berpengaruh di rantau ini merentasi pelbagai sektor.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan