Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Huang Tiong Sii (tiga kanan) merasmikan IGEM 2024 di Kuala Lumpur, hari ini. Foto, Hafeezur Muzammir (TVS).

IGEM 2024 buka tirai, misi jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2024 membuka tirainya hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan menghimpunkan 480 pempamer dari 48 buah negara.

Persidangan selama tiga hari hingga 11 Oktober anjuran bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dengan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) itu dijangka merekodkan kehadiran 48,000 peserta dengan potensi perniagaan berjumlah RM4.8 bilion.

Perasmian IGEM 2024 disempurna oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Tiong Sii turut meluangkan masa sekitar melawat ke beberapa reruai pameran serta diberi taklimat oleh pegawai bertugas mengenai produk yang ditampilkan oleh mereka.

Berlangsung di lokasi sama, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad menyertai Forum Karbon ASEAN.

Pada sebelah petang, Nik Nazmi dijadualkan bertemu delegasi dari Kanada bagi membincangkan kerjasama antara negara itu dengan Malaysia dalam aspek menuju ke arah penyahkarbonan dan perjalanan sifar bersih.

Hari pertama persidangan ini turut menyaksikan berlangsungnya Persidangan Peralihan Tenaga Bersih Asia (CETA) yang bakal disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ia merupakan acara utama IGEM yang turut akan disertai menteri, penggubal dasar dan pemimpin sektor swasta untuk membimbing peralihan Asia ke arah tenaga bersih. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan