Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenaikan harga baru-baru ini bermula selepas Iran melancarkan beberapa siri serangan peluru berpandu balistik ke arah Israel pada 1 Okt, menandakan peningkatan ketegangan di rantau tersebut. Foto hiasan Envato

Harga minyak susut selepas cecah tahap tertinggi bulanan di tengah-tengah ketegangan Timur Tengah

ByBernama

ANKARA, 9 Okt: Harga minyak mencatat sedikit penurunan pada Selasa apabila pelabur mengambil keuntungan berikutan kenaikan harga baru-baru ini yang didorong oleh kebimbangan mengenai gangguan bekalan akibat ketegangan yang meningkat di Timur Tengah, lapor Agensi Anadolu.

Penanda aras antarabangsa, Brent, susut dua peratus kepada US$79.16 setong pada 10.39 pagi waktu tempatan (0739 GMT), berbanding penutupan US$80.80 pada Isnin. Sementara itu, penanda aras Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI), turun 2.18 peratus kepada US$75.14 setong, berbanding penutupan sesi sebelumnya pada US$76.82.

Kenaikan harga baru-baru ini bermula selepas Iran melancarkan beberapa siri serangan peluru berpandu balistik ke arah Israel pada 1 Okt, menandakan peningkatan ketegangan di rantau tersebut.

“Sebarang kehilangan bekalan boleh ditampung oleh kapasiti simpanan OPEC sebanyak 7 juta tong sehari,” kata Daniel Hynes, ahli strategi komoditi dengan Kumpulan Perbankan Australia and New Zealand, dalam kenyataan e-mel.

Dari sudut permintaan, kebimbangan berterusan mengenai pertumbuhan ekonomi China dan kesannya terhadap permintaan bahan api.

Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Kebangsaan China menyatakan keyakinan untuk mencapai sasaran ekonomi sepanjang tahun, komited untuk menyokong pertumbuhan namun belum mengumumkan langkah rangsangan baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan