Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Feri ikonik yang sedang diubahsuai untuk dijadikan muzium terapung dikesan senget selepas bahagian enjinnya dimasuki air di Dermaga South Inner, Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) di sini hari ini. Foto media sosial

Feri ikonik yang dijadikan muzium terapung senget dimasuki air

GEORGE TOWN, 9 Okt: Feri ikonik Pulau Pinang yang sedang menjalani proses pengubahsuaian untuk dijadikan muzium terapung yang diletakkan di Dermaga South Inner, Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) di sini dikesan senget selepas bahagian enjinnya dimasuki air hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, syarikat yang diberikan perjanjian pajakan untuk menjadikan feri itu sebagai Muzium Feri Pulau Pinang, Printhero Merchandise Sdn Bhd telah mengambil tindakan segera melakukan pemeriksaan sebaik mengesan masalah itu.

“Bagi mengelakkan feri karam di dermaga, pihak syarikat telah membuat keputusan untuk menunda feri tersebut ke kawasan yang lebih cetek berhampiran kawasan gudang di SPCT.

“Tindakan ini bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat (feri) di samping dapat melaksanakan pemeriksaan secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, syarikat terbabit yang dibantu oleh SPPP dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) sedang melaksanakan kerja menyelamat feri selain mengenalpasti punca kebocoran.

“Tiada tumpahan minyak yang dikesan setakat ini dan pemantauan keadaan feri dibuat sepanjang masa,” katanya lagi.

Terdahulu, feri lama itu yang diletakkan di Bagan Dalam Slipway (BDS), Butterworth dekat sini telah ditunda keluar setelah menjalani kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian untuk dijadikan muzium pada 3 Oktober lalu.

Feri berusia 68 tahun itu diletakkan sementara di SPCT sebelum akan dipindahkan ke Tanjung City Marina untuk dijadikan muzium feri terapung pertama di Asia.

Feri berkenaan pernah separa tenggelam di BDS pada 2021 sebelum dibaik pulih untuk dijadikan muzium yang dijangka beroperasi hujung tahun ini.

Untuk rekod, perkhidmaran feri ikonik yang boleh membawa penumpang dan kenderaan empat roda telah dihentikan perkhidmatan sejak 1 Januari 2021 bagi digantikan perkhidmatan baharu feri lebih moden.

Sebahagian feri-feri ikonik lain juga telah dilupuskna kerana faktor telah usang. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan