Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasil rampasan Badan Narkotik Indonesia (BNN) dalam kes pengubahan wang haram. Foto BNN

BNN sita RM17.5 juta aset sindiket dadah

ByTVS

JAKARTA, 9 Okt: Badan Narkotik Indonesia (BNN) membongkar kes pengubahan wang haram membabitkan sindiket dadah dan menyita aset bernilai IDR 64 bilion atau RM 17.5 juta.

Operasi tersebut dijalankan selepas pendedahan jenayah dadah menerusi sindiket Malaysia-Indonesia di  Wilayah Sei Putih, Palembang, Sumatera Selatan yang mana BNN berjaya menggagalkan kegiatan empat suspek.

Menurut Ketua BNN Marthinus Hukom, jenayah pengubahan wang haram sering dilakukan oleh sindiket pengedaran dadah bagi menutup hasil kegiatan jenayah mereka.

“Dalam pengedaran dadah, wang adalah kuasa utama dan pendedahan ini adalah usaha untuk mengehentikan kegiatan haram ini walaupun sudah diubah dalam bentuk aset lain,” katanya.

Beliau berkata, hasil analisis transaksi kewangan, terdapat beberapa transaksi dadah dilakukan menerusi beberapa akaun bank atas nama sendiri atau individu lain.

Tambahnya, barangan daripada suspek yang dirampas termasuk wang tunai tempatan dan asing, sijil rumah dan tanah, kereta serta motosikal.

“Semua aset milik suspek dirampas untuk siasatan lanjut dan bakal berdepan hukuman mati,” ujarnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan