Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rapelson Richard Hamit

Belanjawan 2025: PERAIS harap kebajikan OKU dapat perhatian

ByAsmah Adenan

KUCHING, 9 Okt: Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) berharap golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam Belanjawan Madani 2025 yang bakal dibentangkan 18 Oktober depan.

Presiden PERAIS Rapelson Richard Hamit berkata, belanjawan itu juga harus jelas dengan menyasarkan kepada golongan OKU dan bukannya sebahagian daripada pembangunan wanita atau kanak-kanak.

“Kita berharap di bawah belanjawan ini, peruntukan khusus diberikan untuk menambah serta meningkatkan kemudahan dan prasarana golongan OKU.

“Selain itu, kita berharap industri untuk memberi pekerjaan kepada golongan OKU diwujudkan termasuk pemberian dana khas bagi membantu OKU dalam bidang perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Rapelson juga berharap agar kerajaan memperkenalkan semula potongan separuh harga bagi bil utiliti air, elektrik, telekomunikasi, tambang pengangkutan awam, tiket penerbangan, tambang e-hailing, rumah serta kenderaan nasional untuk golongan OKU.

Tambahnya, besar harapan agar Kerajaan Madani memberikan pendidikan percuma sepanjang hayat kepada golongan OKU sehingga ke tahap doktor falsafah (PHD).

“Pendidikan merupakan asas dalam pembentukaan sahsiah dan kerjaya OKU itu sendiri.

“Undang-undang ekslusif masih lagi belum dipinda, digubal dan dilaksanakan untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan OKU,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan