Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patingi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Bas Pintar Miri. Foto TVS

Bas pintar Miri ringankan beban B40

BySalasiah Safian

MIRI, 9 Okt: Perkhidmatan bas pintar Miri diperkenalkan untuk meringankan bebanan rakyat terutama golongan B40.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bas tersebut akan membawa penumpang ke mana-mana destinasi tanpa bayaran mahal.

“Penumpang boleh pergi ke mana sahaja dengan tambang RM1 sahaja dan sudah tentu mengurangkan beban orang Miri khususnya golongan B40.

“Kalau kita hitung perbelanjaan untuk pergi ulang-alik rumah ke tempat kerja lebih kurang satu per lima daripada pendapatan untuk membayar perkhidmatan kenderaan.

“Akhirnya hari ini kita menunaikan janji kita untuk menukarkan bas lama dengan bas pintar untuk Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Bas Pintar Miri di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, Kerajaan Sarawak akan terus berusaha menaik taraf perkhidmatan pengangkutan di Miri dan  membangunkan Miri sebagai bandar pintar.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan