Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersama Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao (kanan) pada Mesyuarat Dua Hala antara Malaysia dan Timor-Leste sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Nasional, hari ini. Foto Bernama

Anwar, Xanana bincang kemasukan Timor-Leste sebagai anggota tetap ASEAN

ByBernama

VIENTIANE, 9 Okt: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya Perdana Menteri Timor-Leste Xanana Gusmao.

Antara perkara dibincangkan dalam pertemuan di Pusat Persidangan Kebangsaan (NCC) itu mengenai permohonan keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan lebih kurang 15 minit ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di NCC.

Timor-Leste ketika ini masih menunggu keputusan konsensus negara-negara ASEAN untuk diterima sebagai anggota penuh badan serantau itu.

Negara itu juga diiktiraf sebagai pemerhati ASEAN dan menyertai Forum Serantau ASEAN pada 2005 sebelum secara rasmi memohon keahlian pada 4 Mac 2011.

Pada 2022, pemimpin ASEAN yang berhimpun di Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada dasarnya bersetuju Timor-Leste menjadi anggota ke-11 kumpulan itu.

Timor-Leste juga diberikan status pemerhati bagi mengambil bahagian dalam semua Mesyuarat ASEAN termasuk sesi pleno. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan